Op Selamat 17: Lebih 4,000 saman dikeluarkan di Melaka

2 Feb 2022 • 4:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Polis mengeluarkan 4,279 saman berkaitan pelbagai kesalahan lalu lintas bernilai RM1.28 juta di Melaka dalam tempoh lima hari pelaksanaan Op Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 sejak 28 Jan lepas lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Supt Hasan Basri Yahya berkata jumlah saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 17 selama lima hari pada tahun ini meningkat kepada 4,279 saman berbanding 3,913 saman dalam tempoh yang sama pada Op Selamat 16, tahun lepas.

“Kebanyakan saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat dan memotong barisan dan 56 kemalangan yang berlaku akibat melanggar lampu isyarat,“ katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tol Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata 27 operasi dilaksanakan di sekitar negeri dalam tempoh itu termasuk Op Motosikal, Op Mabuk, Op Samseng Jalanan serta Op Perdagangan, dan 261 kemalangan direkodkan dengan satu kemalangan maut, cedera parah (27 kes) dan cedera ringan (12 kes) dalam tempoh berkenaan.

Katanya dalam tempoh itu juga, 226,178 kenderaan direkodkan masuk ke Melaka manakala sebanyak 189,001 kenderaan pula keluar dari Melaka dan purata kenderaan masuk ke negeri itu dianggarkan kira-kira 40,000 sehari.-Bernama