Zoo Melaka Ditutup 5 Hari Akibat Covid, Bermula Hari Ini

10 Feb 2022 • 4:41 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Zoo Melaka ditutup selama lima hari bermula hari ini ekoran seorang daripada penjaga haiwan di destinasi ikon pelancongan negeri itu dikesan positif COVID-19.

image is not available

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya antaranya kafe, pentas persembahan haiwan, kaunter tiket dan stesen trem, dapat dilakukan secara menyeluruh selama tiga hari bermula esok.

image is not available

"Setakat ini hanya seorang kakitangan Zoo Melaka didapati positif dan jangkitan adalah daripada ahli keluarga tapi kita terpaksa menutup sementara zoo ini sebagai langkah awal untuk mengekang penularan COVID-19 sekali gus mengelak berlaku kluster baharu memandangkan kes positif COVID-19 di Melaka juga semakin meningkat.

image is not available

Shadan berkata selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pembersihan kawasan zoo tersebut juga akan dijalankan sepanjang penutupan sementara itu sebagai persediaan menghadapi cuti sekolah yang akan bermula pada 26 Februari hingga 20 Mac ini.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke Zoo Melaka dijangka terus meningkat sepanjang sesi cuti persekolahan berkenaan dan pihaknya perlu memastikan persediaan rapi daripada aspek prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal dapat dipatuhi.