Lelaki Maut Ditembak, Lebih 2 Suspek Dipercayai Terlibat

1 Feb 2022 • 11:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di kawasan parkir di sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Bukit Mertajam, malam tadi.

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dikehendaki polis atas pelbagai rekod jenayah, ditemui mati dengan kesan tembakan di kawasan parkir sebuah kondominium mewah di Jalan Baru di sini, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku jam 8.45 malam membabitkan mangsa, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.

image is not available
Polis menjalankan siasatan di lokasi di mana seorang lelaki ditembak, di sebuah kondominium di Jalan Baru, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.30 malam sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, polis menemui lelaki itu dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tingkat tiga parkir kondominium berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang lebih dua suspek bersenjatakan pistol.

“Buat masa ini kita tidak boleh beritahu berapa das tembakan terkena mangsa, namun pemeriksaan pihak forensik di lokasi menemui 12 kelongsong peluru,” katanya kepada media.

Shuhaily berkata, mangsa juga dipercayai menyewa di kondominium mewah itu sejak lima bulan lalu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kejadian terbabit bermotifkan dendam, berikutan mangsa mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah. - Getaran, 1 Februari 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved