“Puas Hati Tengok Dia Kena Tibai” – Orang Kampung Serang Lelaki ‘Tendang’ Kepala Bapa Tiri Yang Tular?

Entertainment
15 Feb 2022 • 11:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebentar tadi tular video mengenai seorang lelaki yang dalam keadaan marah menendang kepala seorang lelaki warga emas yang terduduk di tanah bersama isterinya.

Apa salah orang tua tu sampai kau nak tendang kepala dia macam tu? Sumpah sakit hati tengok.

Menurut satu posting yang daripada @jabatannetizennegara20, individu yang lelaki ditendang lelaki merupakan bapa tirinya. Allahu!

Video yang dimuatnaik itu menunjukkan lelaki berkenaan kena ‘tibai’ dengan orang kampung kerana kelakuannya sebelum ini yang dianggap melampau.

Haa, kan dah kena! Bagaimanapun, belum ada kepastian sama ada lelaki dalam video ini adalah orang yang sama dalam kejadian itu ataupun tidak. Apapun, biarlah pihak berkuasa yang ‘buat kerja’ walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan lelaki berkenaan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.