KJ Kongsi Gambar Kartun Di Instagram, Seolah ‘Menyindir’ Antivaksin?

22 Feb 2022 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
antivaksin

Dah dekat tiga tahun ni, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjadi rujukan utama buat rakyat Malaysia untuk mendapatkan informasi yang tepat dan sah berkaitan penularan jangkitan Covid-19. Namun, ada juga pihak-pihak tertentu, terutama golongan antivaksin menidakkan info yang dinyatakan oleh KKM.

Semalam, Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan ada berkongsi satu gambar di Instagram story, berkaitan dengan kata-kata yang meragui dan memburukkan KKM.

image is not available

Hantaran yang dibuat itu seolah-olah memerli dan menyindir golongan antivaksin yang menidakkan kebenaran vaksin, tetapi pada masa yang sama, masih mencari produk yang memiliki pengesahan KKM seperti produk ‘kurus.’

Macam kelakar kan? Kalau produk kurus, produk nak putih, semua faham dan pandai nak tengok jika produk tersebut memiliki kelulusan KKM atau tidak. Bila KKM beri informasi berkaitan Covid-19, tiba-tiba nak kata KKM menipu? Haha.

Apa-apa pun, pastikan semua yang baca ni menilai dengan baik, mana satu informasi yang betul dan palsu okay! Jangan percaya maklumat-maklumat yang tidak sahih dari mana-mana pihak, terutama yang di forward daripada Whatsapp.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media