Huawei Menawarkan Perkhidmatan Menambah Storan Untuk Siri P40

TechnologyDigital
14 Feb 2022 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bagi mengekalkan pelanggan yang sudahpun membeli peranti keluaran mereka, Huawei menawarkan perkhidmatan menaiktaraf storan peranti lama di China tahun lalu. Sebelum ini hanya model lama seperti P10, P20, Mate 10 dan Nova 3 disokong. Tetapi kini perkhidmatan ini turut ditawarkan kepada pengguna siri Huawei P40.

image is not available

Harga untuk menaik taraf storan dari 128GB ke 256GB bermula dari RMB 559 (~RM369) untuk Huawei P40. Kos perkhidmatan adalah berbeza bergantung kepada papan induk dan sama ada pelanggan adalah ahli pengguna Huawei. Setahu kami Huawei ialah satu-satunya pengeluar yang menawarkan perkhidmatan naik taraf ROM fizikal kepada pelanggan mereka.

Strategi diambil untuk memastikan peranti yang sudah kehabisan storan masih akan terus digunakan. Proses menaiktaraf akan mengambil masa sehingga 10 hari. Pada waktu ini perkhidmatan hanya ditawarkan kepada pengguna di China.

Sumber Huawei