Covid-19: Satu kluster institut pengajian awam dikesan di Sarawak

13 Feb 2022 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUCHING - Satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Jalan Kolej dikesan di Sarawak melibatkan sebuah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan kluster itu melibatkan pelatih dan kontak sosial pelatih di sebuah asrama di institut pengajian awam di Jalan Kolej di sini.

Kluster tersebut dikesan apabila empat pelatih yang mengalami tanda-tanda dan gejala menjalani saringan Covid-19 di sebuah fasiliti kesihatan pada 7 Februari lepas.

"Indeks-indeks kes ini juga mempunyai sejarah pulang dari negeri masing-masing di Semenanjung Malaysia kerana bercuti dan kembali semula ke institusi pada 5 Februari.

"Jangkitan dipercayai berpunca daripada kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dan pergaulan sosial dalam kalangan pelatih dan kontak rapat mereka,” menurut JPBN Sarawak.

Seramai 52 individu telah disaring dalam kluster tersebut dengan 26 orang didapati positif termasuk kes indeks. Sarawak hari ini mencatatkan 201 kes baharu harian Covid-19. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved