Isu Plagiat Gambar, Jenama Susu Australia Maafkan Sharifah Rose

21 Feb 2022 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, isu plagiat membabitkan pelakon, Sharifah Rose dengan sebuah jenama susu dari Australia, Macamilk. Susulan itu, Sekuntum terus dihentam teruk oleh netizen.

Namun, pengasas jenama Macamilk, Dan Hart berkata dia telah menerima permohonan maaf daripada pelakon itu berhubung penyalahgunaan imej kotak susu milik Macamilk.

Menurutnya, Sharifah Rose yang mewakili jenama tudungnya, Sekuntum telah mengakui kesalahan plagiat sekeping foto milik Macamilk yang dilakukan tempoh hari.

Terima kasih kerana menunjukkan rasa rendah diri dan tanggungjawab untuk mengakui kesalahan yang anda lakukan.

Jelas Hart, memulakan perniagaan sendiri bukanlah satu hal yang mudah. Malah, menjadi sebuah jenama yang asli lebih sukar. Jadi manusia juga pasti melakukan kesilapan dalam hidup dan juga perniagaan.

Kami menerima permohonan maaf anda dan mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan bisnes.

image is not available

Dalam pada itu, Hart turut memohon orang ramai supaya memberi peluang kepada Rose dan pasukannya atas kesilapan mereka dan meminta orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap jenama Rose dan jenama Macamilk agar terus maju ke hadapan.

Siapa tahu satu hari nanti kita mungkin akan menjalinkan kerjasama. Kami terima semua kata-kata semangat untuk jenama Macamilk.

Terdahulu, pelakon drama 3 Nota Cinta itu dikecam hebat selepas Sekuntum didakwa meniru sebuah lagi jenama lokal yang mempunyai nama serupa cuma berbeza huruf dalam ejaan.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Yang Diperkatakan Itu Selepas Lancar Teaser Di IG" - Sharifah Rose