Pasir Mas catat mangsa banjir tertinggi di Kelantan

28 Feb 2022 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Pasir Mas menempatkan mangsa banjir teramai selepas 6,457 orang kekal berada di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) daripada jumlah 8,054 mangsa seluruh negeri setakat jam 6.47 petang pada Isnin.

Berpandukan kepada maklumat dari laman sesawang InfoBencanaJKM mangsa banjir di beberapa jajahan yang terjejas sebelum ini menunjukkan penurunan.

Jajahan Jeli menunjukkan pengurangan mangsa banjir paling ketara apabila 34 orang masih berada di PPS berbanding 531 pada sebelah pagi.

image is not available

Selain itu, Kuala Krai turut mencatatkan penurunan daripada 2,009 kepada 705 orang yang masih berada di PPS, Tanah Merah (458 orang), diikuti Pasir Puteh (283 orang) dan Machang (116 orang).

PPS di Kota Bharu pula ditutup sepenuhnya pada petang Isnin.

Dalam perkembangan lain Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) masih berada pada paras bahaya.

Lain-lain sungai menunjukkan tren menurun dan berada pada paras amaran.