Hishammuddin Positif COVID-19

22 Feb 2022 • 10:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hishammuddin Hussein - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Pejabat Menteri Kanan Pertahanan berkata, beliau yang telah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala dan kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada 18 Februari lalu,” katanya.

Jelas jurucakap tersebut, Ahli Parlimen Sembrong itu akan terus memantau dan menjalankan tugas sepanjang tempoh isolasi. - Getaran, 22 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved