LHDN beri pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk pembelian RTK-Ag dan RT-PCR COVID-19

15 Feb 2022 • 10:07 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesahkan yang kerajaan bersetuju untuk meringankan beban pembayar cukai Malaysia melalui pelepasan sehingga RM1,000 ke atas pembelian kit ujian sendiri COVID-19 jenis RTK-Ag dan juga ujian RT-PCR.

Pelepasan one-off ini diberikan untuk tahun pencukaian 2021 dan diberikan kepada pembayar cukai kategori persendirian. Seperti biasa, kesemua resit pembelian perlulah dikepilkan sebagai bukti. Maklumat ini sudahpun dikemas kini dalam laman web LHDN untuk rujukan anda semua.

Perkara ini adalah satu berita baik buat pembayar cukai. Rakyat Malaysia yang bekerja kerap perlu menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mengelakkan penularan di tempat kerja. Kerajaan turut menyarankan ujian saringan sewaktu musim perayaan dulu sebelum perjalanan jauh dilakukan.

Mujurlah kit-kit ujian kendiri dalam pasaran adalah sangat mampu milik. Ada yang berada pada paras bawah RM5 dan boleh didapati di kedai-kedai runcit sekalipun.

Sumber: MalayMail

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved