Jambatan gantung rosak akibat banjir, murid terpaksa naik perahu ke sekolah

19 Feb 2022 • 12:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PITAS: Sekitar 58 murid sekolah terpaksa menaiki perahu setiap hari untuk menyeberangi Sungai Bengkoka untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dandun.

Ketua Kampung Bilangau Besar, Edward Upak, berkata masalah itu berlaku selepas jambatan gantung yang menjadi penghubung penduduk di lima buah kampung dengan SK Dandun dan Klinik Kesihatan Dandun rosak teruk selepas bencana banjir, baru-baru ini.

Menurut Edward, semenjak jambatan gantung itu tidak dapat digunakan kira-kira sejak awal bulan Januari lalu, penduduk terpaksa menaiki perahu untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.

Edward berkata, beliau bercakap bagi pihak penduduk kampung Bilangau Besar, Sepatalang, Salungkapit, Manduring Laut dan Kobon yang terkesan oleh keadaan itu dan berharap agar masalah itu tidak berlanjutan.

“Sebagai ibu bapa, kami bimbang dengan keselamatan anak-anak yang terpaksa menaiki perahu kecil, bersesak menyeberangi Sungai Bengkoka yang bukan sahaja besar dan dalam, arus deras ketika musim hujan, tetapi juga dipercayai ada buaya.

“Selain murid, orang dewasa yang ingin mendapatkan rawatan di klinik juga turut terkesan, bukan hanya keselamatan soal keselamatan tetapi juga tambang perahu yang terpaksa dibayar setiap kali menggunakan perkhidmatan itu.

“Tambang bagi murid sekolah ialah RM1 seorang, jadi kalau pergi balik RM2 setiap hari.

“Kos ini sudah tentu menjadi bebanan kepada ibu bapa yang mempunyai dua atau tiga orang anak bersekolah,” katanya.

Edward berharap agar jambatan gantung berusia 38 tahun itu dapat digunakan semula oleh mereka atau ada alternatif lain yang lebih baik, selamat dan tidak membebankan penduduk kampung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.