21,315 Kes COVID-19 Dicatat Hari Ini

14 Feb 2022 • 4:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seramai 3,061,550 individu sudah dijangkiti COVID-19 setakat ini dengan Selangor merekodkan bilangan tertinggi iaitu 5,350 kes. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Jangkitan harian COVID-19 di negara masih melebihi angka 21,000, apabila mencatatkan 21,315 kes setakat tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan 3,061,550 individu sudah dijangkiti setakat ini.

Beliau berkata, kes paling tinggi membabitkan pesakit dalam kategori dua iaitu sebanyak 15,028 kes atau 70.50 peratus daripada jumlah kes.

"Bagi kategori satu pula, terdapat 29.09 peratus (6,200 kes), kategori tiga (48 kes), kategori empat (23 kes) dan kategori lima (16 kes)," katanya dalam Twitter, hari ini.

Berdasarkan pecahan yang dikeluarkan, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 5,350 kes diikuti Sabah (3,891), Johor (2,419), Kedah (1,841), Pulau Pinang (1,566), Kelantan (1,208), Pahang (1,099) dan Kelantan (1,001).

Lapan negeri mencatatkan kes bawah 1,000 iaitu Negeri Sembilan (983), Perak (444), Melaka (429), Terengganu (297), Sarawak (201), Perlis (129), Labuan (109) dan Putrajaya (105). – Getaran, 14 Februari 2022