United Kurang Sengat, Diikat Watford Di Laman Sendiri

Football
27 Feb 2022 • 7:54 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ronaldo memberi reaksi selepas tamat aksi Liga Perdana Inggeris menentang Watford. - Gambar AFP

MANCHESTER - Pengurus interim Manchester United Ralf Rangnick berkata beliau berjaya melaksanakan tugasnya selepas pasukan itu mensia-siakan banyak peluang untuk seri 0-0 di Old Trafford dengan Watford.

Keputusan itu menyebabkan United terus kehilangan mata penting dalam persaingan untuk posisi empat teratas di Liga Perdana Inggeris.

United mendominasi permainan daripada awal hingga akhir tetapi kegagalan Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan Anthony Elanga menyudahkan peluang menyebabkan United gagal membawa pulang mata penuh.

United kekal di tangga keempat dua mata di hadapan Arsenal, yang mempunyai baki tiga perlawanan dalam tangan.

“Tugas saya adalah membantu pasukan ini untuk mencipta peluang yang cukup.

“Bilangan peluang yang kami cipta sepatutnya cukup untuk menang perlawanan seperti ini.

“Pada beberapa ketika kami kurang bernasib baik, terutama sekali apabila rembatan Cristiano terkena tiang.

“Ini bukan sahaja isu nasib, tetapi juga kurang ketajaman dan kecekapan untuk menyudahkan peluang dengan klinikal,” kata Rangnick. - AFP

Keputusan lain:

Leeds 0 Tottenham 4

Brentford 0 Newcastle 2

Crystal Palace 1 Burnley 1

Brighton 0 Aston Villa 2

Everton 0 Man City 1