“Dapat Tetamu ‘Free’ Je..” – Lain Dari Lain, Pasangan Bersanding Dalam ‘Mall’ Curi Perhatian Netizen

14 Feb 2022 • 9:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biasanya kita akan dengar pasangan yang ingin bersanding akan membuat majlis perkahwinan sama ada di rumah ataupun dewan yang boleh memuatkan ramai orang.

Bagaimanapun, berbeza untuk kali ini apabila satu video tular di TikTok memaparkan seorang pasangan mengadakan majlis kahwin mereka di dalam pusat membeli belah terkenal iaitu Aeon.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian netizen kerana apa yang dilakukan itu amat unik dan berbeza dengan apa yang sering dilakukan oleh masyarakat sekeliling.

Melihat pada video itu, majlis tersebut seperti berjalan dengan lancar dengan adanya pengapit, malah turut difahamkan perarakan serta kompang mengiringi pengantin juga ada dan keadaan sekeliling kelihatan ‘meriah’ dengan kedatangan ‘tetamu’.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur serta berasa kagum dengan apa yang diperlihatkan oleh mereka kerana ia merupakan sesuatu yang baru untuk bersanding di dalam ‘mall’.

image is not available

Namun, turut difahamkan majlis tersebut hanyalah sekadar ‘gimik’ untuk sebuah event di pusat membeli belah terbabit dan ianya merupakan model kepada makcik gadis yang memberitahukan hal sebenar ini.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Mana Seluar?! Bertambah Teruk Lepas Kahwin Ni" - Pakaian Menjolok Mata, Puteri Aishah 'Disekolahkan' Netizen