Fenomena air pasang besar dijangka berlaku sehingga Sabtu ini

3 Feb 2022 • 7:42 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR : Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia memaklumkan Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian, Johor merupakan kawasan yang berisiko dilanda fenomena tersebut.

“Keadaan bertambah buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

“Oleh itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit,” menurutnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada iu, JPS mengingatkan orang ramai agar sentiasa memantau keadaan cuaca dan jika hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak.

Orang ramai diminta bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved