“Beri Alasan Kena Tahan Di Kastam..” – Ramai Suri Rumah Kena ‘Scam’ Jual Baju Raya Murah Di IG

21 Feb 2022 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tiba tidak lama sahaja lagi pastinya membuatkan orang ramai tidak senang duduk terutamanya kaum wanita dan juga para ibu di luar sana.

Menjengah ke media sosial, ramai peniaga sudah mula membuka ‘langkah’ menjual baju raya sempena hari raya yang akan disambut pada bulan Mei ini.

image is not available

Sumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Namun begitu, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab melakukan penipuan menjual baju dengan cara memuat naik gambar pakaian milik peniaga lain di Instagram dan menawarkan ia pada harga yang lebih murah dengan tujuan memperdayakan pengguna.

Sebagai contoh, harga sepasang baju kurung moden yang dijual peniaga sebenar adalah RM180, manakalan ‘scammer’ pula menjual tiga pasang baju pada harga RM200.

Antara modus operandi yang digunakan scammer dalam talian ini adalah seperti meminta pembeli membayar sejumlah wang yang tertentu dengan alasan barang yang dijual telah ditahan oleh pihak kastam.

Berkongsi pengalaman menjadi mangsa penipuan peniaga ‘online’, Wawa berkata dia ada membeli tiga helai baju kurung sempena hari raya di Instagram pada 13 Februari lalu.

image is not available

Sumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Setelah membuat bayaran sebanyak RM200 secara online ke akaun bank milik peniaga itu, saya mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang meminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM450.

Ujar Wawa, dia merasakan seperti ada yang tidak kena dan mengesyaki bahawa dirinya telah ditipu.

Sehubungan itu, Wawa berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan di atas penipu-penipu ini kerana telah mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Sebagai alternatif, anda boleh menyemak nombor akaun bank peniaga dalam talian sebelum membeli barang di Internet dengan melawati laman web www.semakmule.rmp.gov.my.

image is not available 21 jam lalu

"Ini Petanda H*praknya Apps Ni.." - Ramai Serbu Kiosk Fizikal, Rakyat Pertikai Fungsi Sebenar MySejahtera