
BELURAN: Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) berjaya memberkas tujuh suspek pemburu haram dalam satu operasi anti pemburu haram di Jalan Nangoh-Paitan, berdekatan sempadan Hutan Simpan Paitan pada Sabtu.
Dalam operasi tersebut, Protect menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh tujuh suspek pada jam 1.10 pagi, dan semasa pemeriksaan kenderaan, dua laras senjata api dan beberapa butir peluru dijumpai.
