Trafik Ke Ibu Kota Mulai Perlahan Dari Pulau Pinang Ke Perak

5 Feb 2022 • 12:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan di utara. - Gambar dari Twitter LLM Trafik

KUALA LUMPUR - Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata setakat 11.20 pagi ini kesesakan dilaporkan berlaku di laluan ke arah selatan di Hentian Juru menuju ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang dan laluan mendaki di Bukit Berapit di Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.

“Kesesakan turut dilaporkan di Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai, trafik bagaimanapun berjalan lancar dari arah selatan menuju ke ibu kota dan dari pantai timur ke Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya lagi, kesesakan dijangka berlarutan sehingga lewat petang dan menasihati pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch 'n Go (TnG)  dan Frekuensi Radio (RFID) mencukupi untuk mengelakkan kesesakan di plaza tol,” katanya. - Bernama