iPhone SE 5G Dan iPad Air 5G Dijangka Diperkenalkan Pada Awal Mac 2022

TechnologyDigital
5 Feb 2022 • 7:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Apple iPhone SE

Apple kini dilaporkan bakal memperkenalkan iPhone SE 5G dan juga iPad Air 5G pada atau lebih awal daripada 8 Mac 2022.

Apple iPhone SE 5G dilihat akan meneruskan penawaran Apple sebagai telefon pintar pada harga mampu-milik, dan bersaing dengan pelbagai telefon pintar Android lain. iPhone SE 5G ini dijangka mengekalkan rekaan seumpama iPhone SE 2020 sebelum ini, tetapi hadir dengan cip pemprosesan lebih berkuasa, kamera ditambah-baik dan juga sokongan rangkaian 5G.

image is not available

Begitu juga dengan iPad Air, dimana Apple dijangka mengemaskini penawaran berkenaan dengan cip pemprosesan lebih pantas, dan juga sokongan rangkaian 5G.

Disamping itu, terdapat kemungkinan untuk Apple turut memperkenalkan Mac baru dengan cip Apple Silicon pada acara sama.

Acara berkenaan dijangka akan diadakan secara atas-talian seperti setahun dua kebelakangan ini.