“Ingatkan Spender Bini Aku” – Netizen Terhibur Lelaki ‘Dituduh’ Bawa Perempuan Masuk Rumah, Padahal…

15 Feb 2022 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara seluar dalam, seorang lelaki terpaksa memujuk isterinya yang salah sangka.

Perkongsian seorang lelaki di Twitter mendapat perhatian dan membuatkan ramai netizen terhibur.

Kata lelaki tersebut dia tinggal dia flat dan kisah bermula apabila dia mengangkat pakaian di ampaian rumahnya.

Haritu masa bini aku takde, aku nampak spender ni kat ampaian rumah aku. Aku pun kutiplah sebab aku ingatkan spender bini aku.”

Namun, rupa-rupanya seluar dalam itu bukan milik isterinya. Disebabkan itu, wanita berkenaan menyangka suaminya ada membawa perempuan lain ke rumah mereka.

Dia yang turut berkongsi hal itu di Facebook berasa sedikit lega apabila ada salah seorang jiran dapat membuktikan bahawa tiada perempuan lain dibawa masuk ke rumah.

Jiran pun nampak spender tu kat ampaian aku. Mujur ada penyelamat. Syukurrrrrrrrrrr.”

image is not available

Perkongsian itu membuat ramai tertawa dengan kisah lucu dilalui lelaki berkenaan. Rata-ratanya memberikan respon masing-masing selain ada yang turut mencadangkan sesuatu yang lucu.

Seorang individu berseloroh,

Dok umah flat patut tulis no rumah kat spender sebab spender selalu jatuh dari ampaian.”

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Bukan Nak Merompak Tapi..." - Pak 'Guard' Pecah Masuk Rumah Penduduk Wanita, Siap Buka Baju & Seluar!