“Hari Yang Mendung, Semendung Hati” – Shila Amzah Sahkan Sudah Cerai Talak Satu

Entertainment
8 Feb 2022 • 9:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi Instagram, penyanyi Shila Amzah mengesahkan dirinya kini sah bercerai dengan Haris Idraki Elias, talak satu.

Kata ibu seorang cahaya mata itu, dia bersyukur kerana semua urusan sudah selesai dan berjalan dengan lancar.

Shila turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya.

Alhamdulillah, kes Sha dan bekas suami dah selesai tadi.

Menurut Shila lagi, dia dan bekas suami akan berusaha menjaga hubungan baik untuk membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka, Seth Uwais.

Sebelum itu, Shila ada memuat naik gambarnya memakai tudung berwarna putih dengan kapsyen ‘Hari yang mendung, semendung hati’.

Perkongsian Shila itu yang berlatar belakang sebuah masjid mendapat pelbagai respon daripada rakan artis dan pengikutnya di Instagram.

 

Rata-ratanya mendoakan kebahagiaan serta urusan Shila serta anaknya di masa akan datang, dipermudahkan. Ramai turut memberikan kata-kata semangat buatnya dan berharap Shila tabah dengan apa yang berlaku.

image is not available 2 bulan lalu

"Percayalah, Ini Adalah Jalan Yang Terakhir, Dah Bertahun Sha Cuba" - Shila Amzah