AirAsia Dilihat Ingin Menawarkan Perkhidmatan “Teksi Udara” – Menempah 100 Pesawat Dron Jenis VX4 eVTOL

TechnologyDigitalCars
16 Feb 2022 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

AirAsia hari ini melakukan tempahan dan menandatangani memorandum persefahaman tanpa ikatan untuk memajak sekurang-kurangya 100 buah pesawat eVTOL VX4 daripada Avolon.

Selain memajak, AirAsia juga akan bekerjasama dengan Avolon dalam membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar. Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan AirAsia turut menyertai arena “teksi udara” – salah satu industri yang dijangka popular, serta memudahkan perjalanan antara bandar dengan lebih pantas lagi.

image is not available

eVTOL VX4 membolehkan seramai empat orang penumpang menaikinya, dengan jarak penerbangan sekitar 160 kilometer, dan kelajuan mencapai 320 kilometer per jam. Penawaran ni juga dijangka akan membolehkan para penumpang untuk bergerak antara bandar dengan lebih pantas dan pada kos perjalanan lebih rendah berbanding kebiasaan.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah AirAsia akan menawarkan perkhidmatan “teksi udara” ini. Seperti biasa, ia perlu melalui pelbagai fasa seperti kajian, pilihan lokasi dan sebagainya – disamping kebenaran daripada pihak berkuasa sesuatu negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved