
Penduduk di lebih 20 kampung di daerah Hulu Terengganu terputus hubungan akibat situasi banjir yang makin memburuk.
Kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri berikutan air naik terlalu cepat.
Menurut laporan Utusan, paling teruk terjejas ialah kampung-kampung sekitar Tersat, Hulu Telemong dan Jenagur di Telemong di samping mukim Hulu Berang di Ajil.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd. Safari Abu berkata, kira-kira 13 kampung di DUN berkenaan terjejas dan pihaknya masih mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Banjir kali ini agak luar biasa dan operasi menyelamat masih giat dijalankan.
Kenapa banjir dkt kuala berang terengganu takde org viralkan ? Semua dh duduk atas bumbung. Bantuan otw masuk. Ramai sngt kandas, hujan masih lebat. Alhamdulillah family dh naik bot tapi ramai lagi family lain pic.twitter.com/acKDGMYdea
—(@ainurruzainah) February 27, 2022
Dalam pada itu, rata-rata netizen menggesa orang ramai untuk menggunakan kuasa ‘viral’ bagi membantu mangsa yang terkandas.
Terlalu banyak kampung banjir bantuan pun tak cukup. – Tulis seorang pengguna Twitter.
Minta tolong viralkan kut-kut ada yang nak masuk lagi bagi bantuan, tak banyak gambar sebab semua sibuk cari tempat berteduh. – Tulis seorang lagi warganet.
Kita harapkan bantuan dapat segera diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sana. Ohmedia tadipun ada kongsi Abang Viva turut sedang lakukan persediaan untuk ke Hulu Terengganu.
Kredit: Utusan
The post “Kenapa Takde Orang Viralkan? Semua Dah Duduk Atas Bumbung”, Netizen Gesa Bantuan Banjir Hulu Terengganu Dicepatkan appeared first on Oh! Media.
