5 Tempat Menarik Di Melaka

Travel
1 Mar 2022 • 2:00 PM MYT
Muhammad Khairul
Muhammad Khairul

An avid runner who loves to write about running and everything

image is not available

Melaka adalah satu negeri yang bersejarah di negara kita. Nama yang diberi oleh Parameswara bersempena pokok Melaka di mana tempat beliau berehat semasa memburu dan menyaksikan kejadian kancil menendang anjing. Sejak dari itu banyak kejadian yang bersejarah berlaku di Melaka yang banyak meninggalkan kesan serta tempat bersejarah di negeri itu. Kini, Melaka terkenal sebagai pusat perlancongan serta diiktiraf UNESCO sebagai salah satu tempat bersejarah dunia. Jadi pada artikel kali ini saya ingin mengajak anda untuk menerokai lima tempat menarik di Melaka dan mungkin menjadi tempat yang menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga.

Kota A’Famosa

Tidak sah jika anda sampai di Melaka tetapi anda tidak melawat Kota A’Famosa. Kota ini seperti yang anda semua tahu adalah tinggalan perang kubu Portugis semasa mereka menjajah Melaka dahulu. Tarikan tempat ini adalah anda dapat melihat satu-satunya tinggalan kubu itu, iaitu The Porta De Santiago sebuah pintu gerbang yang berusia 500 tahun di samping kesan tinggalan perang yang ada di sekitar pintu gerbang itu. Tiada bayaran yang dikenakan untuk melawat tempat ini. Bagi sesiapa yang mempunyai anak-anak, bagus untuk bawa mereka ke sini kerana boleh memberi pengajaran kepada mereka bagaimana Melaka dijajah dan apa yang harus dibuat untuk mengelakkan hal itu daripada berulang.

Stadthuys

Jika anda sampai di Melaka, anda pasti akan melihat satu banggunan berwarna merah. Banggunan itu adalah Stadthuys. Banggunan yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650 ini adalah bertujuan untuk pejabat gabenor serta timbalan mereka. Kini dikategorikan sebagai banggunan paling tua dan bersejarah di Timur Stadthuys kini telah diubah menjadi Muzium Sejarah Melaka yang mempamerkan dan menempatkan sejarah Melaka seperti pakaian etnik dan artifak bersejarah.

Tempat ini sangat bagus untuk dilawati kerana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai Melaka. Di samping itu, bayaran untuk masuk ke Muzium ini juga berpatutan. Dewasa RM5/seorang manakala budak berumur 7-12 tahun RM2/seorang. Apa yang menariknya dengan satu tiket ini sahaja anda dapat masuk ke lima muzium yang berlainan di dalam satu banggunan yang sama. Antara perkara menarik yang anda mungkin lihat ketika berkunjung ke sini adalah artifak meriam lama, porselin, dan tembikar lama dan bermacam lagi. Jadi selepas ini, jika berkunjung ke Melaka jangan lupa untuk melawat Muzium Sejarah Melaka.

image is not available
Stadthuys

Jonker Walk

Jika anda berhajat untuk membeli buah tangan untuk keluarga apa kata anda singgah ke Jonker Walk. Jonker Walk yang terletak tidak jauh daripada Muzium Sejarah Melaka tadi menjual pelbagai barangan antik dan kraftangan yang menarik. Di sini suasana seperti pasar malam dan selalunya akan dipenuhi orang ramai. Kedai-kedai penjual hanya dibuka di kaki lima dan anda akan melalui kedai-kedai ini sepanjang anda berjalan di sini. Penjual yang ramah dan baik hati serta barang antik yang jarang didapati di tempat lain adalah salah satu tarikan untuk anda berkunjung ke sini. Satu lagi tarikan jonker walk ini adalah ia dibuka sehingga waktu malam dan pada waktu malam suasana atau atmosfera di sini memberikan rasa sensasi yang berbeza yang mungkin jarang didapati di tempat lain.

image is not available
Jonker Walk

Muzium Kapal Selam

Jika dahulu kita hanya boleh melihat suasana di dalam kapal selam melalui filem sekarang ini. Percaya atau tidak, anda juga sudah boleh merasai pengalaman itu sendiri. Terletak di Klebang, Melaka Muzium Kapal Selam ini membolehkan pengunjung untuk masuk ke dalam selam dan melihat sendiri apa yang ada di dalam itu. Kapal selam yang dijadikan muzium ini dahulunya adalah kapal selam latihan pertama di Malaysia. Pengunjung boleh melihat peluru torpedo, tempat tidur crew, ruang kawalan kapal selam dan pelbagai lagi. Harga tiket juga murah iaitu RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Pantai Klebang

Bagi pencinta alam sekitar terutamanya pantai, jangan lupa singgah ke Pantai Klebang Melaka. Tarikan utama pantai ini adalah kebersihan dan juga tempatnya yang instagrammable. Tempat ini sesuai untuk dijadikan port mengambil gambar. Anda juga boleh menikmati bermacam hidangan yang viral di sini terutama coconut shake dan kuih keria.

Akhir Kata

Jika anda seorang yang gemar berjalan jangan lupa untuk melawati tempat yang dikongsikan dalam artikel ini. Selain dapat membantu meningkatkan ekonomi negara mungkin kita boleh mengambil teladan dan belajar menghargai sejarah negara kita sendiri.


Muhammad Khairul adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.