Legenda Bollywood Lata Mangeshkar Meninggal, India Kibar Bendera Separuh Tiang

EntertainmentMusic
6 Feb 2022 • 3:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar asal: Sebastian D'Souza, AFP

Suasana duka menyelubungi peminat Bollywood apabila penyanyi legenda, Lata Mangeshkar disahkan menghembuskan nafas yang terakhir hari ini pada usia 92 tahun. 

Sebelum ini, beliau dibawa ke hospital di bandar Mumbai kerana mempunyai gejala COVID-19. Doktor yang merawatnya bagaimanapun mengatakan organ dalamannya sudah tidak lagi berfungsi menyebabkan usianya terhenti di sini. 

Sepanjang hayatnya, Mangeshkar telah mencatatkan pelbagai kejayaan, termasuklah menyanyikan lebih daripada 30,000 buah lagu merentasi 36 bahasa.

Bahkan dalam dunia hiburan Bollywood, dia dianggap sebagai seorang ikon. Tanpanya, industri filem Hindi akan suram.

Kerajaan India turut mengisytiharkan hari berduka selama dua hari bermula Ahad serta mengibarkan bendera separuh tiang untuk menghormati pemergian penyanyi legenda itu.

Turut berduka ialah Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menyifatkannya sebagai sebuah kehilangan besar yang tidak mungkin digantikan di negara itu.

Mangeshkar dilahirkan pada tahun 1929 dan mula berjinak-jinak dalam industri hiburan pada usia 5 tahun selepas mengikuti ayahnya yang juga seorang penggiat seni teater. - Getaran, 6 Februari 2022