PICKids, 51,556 Kanak-Kanak Terima Vaksin COVID-19 Sejak 3 Februari 

19 Feb 2022 • 1:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang petugas Kesihatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menunjukkan picagari khas berisi cecair vaksin COVID-19 sebelum memberikan suntikan kepada seorang kanak-kanak pada PICKids. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 51,556 dos pertama vaksin COVID-19 sudah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Data menerusi laman sesawang COVIDNOW itu memaklumkan, jumlah terbabit menyumbang kepada 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak yang sudah menerima suntikan imunisasi berkenaan.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,941,779 (97.5 peratus) sudah lengkap divaksin, manakala 23,218,655 (98.7 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos.

Manakala kadar imunisasi lengkap dalam kalangan populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kekal pada kadar 89.9 peratus dengan jumlah terkini mencecah 2,797,767 orang.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengenal pasti 1,055 sekolah yang akan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi PICKids.

Menurut Dr Noor Azmin, semua sekolah itu akan menjadi tempat pemberian vaksin kepada murid di sekolah berkenaan serta sekolah berdekatan. - Getaran, 19 Februari 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved