
TAWAU: Enam pendatang tanpa izin (PTI) dari Kepulauan Sulawesi, Indonesia ditahan ketika cuba memasuki negara ini secara haram menerusi perairan Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas sekitar jam 12.05 tengah malam Jumaat.
Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, turut ditahan, seorang tekong darat warga Filipina, 19, yang diupah untuk mengambil kesemua PTI untuk dihantar ke destinasi ditetapkan.
