(VIDEO) “Buat Malu Sekolah”- Pelajar Main ‘Fire Extinguisher’ Sempena Tamat SPM Dikecam Netizen

10 Feb 2022 • 3:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video memaparkan beberapa pelajar sekolah menengah menyalahgunakan alat pemadam api untuk tujuan hiburan sesama rakan sebaya.

Difahamkan, mereka melakukan sedemikian bagi ‘meraikan’ tamat sudah sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video tersebut, salah seorang dari pelajar telah menarik pin keselamatan alat pemadam api tanpa memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan itu, lalu disembur ke merata tempat.

image is not available

Menganggap perbuatan itu menyeronokkan, datang lagi dua pelajar mengambil alat pemadam api tersebut dan disembur lagi tanpa henti.

Kejadian dipercayai berlaku selepas tamat sesi persekolahan dan mereka berada di kantin sekolah berkenaan yang tidak didedahkan lokasinya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pelajar-pelajar berkenaan yang disifatkan tidak bermoral.

“Ni la generasi aank-anak melayu zaman sekarang apabila terdedah dengan bermacam media sosial yang ada,” tulis seorang netizen.

“Ini lah akibatnya kalau guru-guru di sekolah tak dapat nak sebat anak-anak muridnya sebab akan di dakwa di mahkamah oleh si Ibu Bapa murid itu,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

image is not available 21 jam lalu

"Selalunya Yang Tak Ori Melebih-lebih Tunjuk Kewanitaannya" - Doktor Kongsi Tips Bezakan Wanita 'Tulen' Atau 'Jadian'