Panasonic Akan Mula Membangunkan Bateri Baru Untuk Tesla Menjelang Pertengahan 2024

TechnologyDigital
28 Feb 2022 • 6:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Panasonic merupakan pembekal komponen bateri utama untuk syarikat pembangun kereta elektrik dan swapandu Tesla. Tidak lama dahulu, Panasonic mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah sistem bateri baru yang dilihat boleh menampung jumlah sel yang lebih banyak daripada sedia ada, dan ia akan digunakan dalam kenderaan Tesla dalam masa beberapa tahun lagi.

image is not available

Bateri tersebut, yang hadir dalam format 4680 (lebar 46mm dan ketinggian 80mm) dikatakan ialah lima kali lebih besar berbanding dengan bateri litium yang digunakan dengan sedia ada oleh Tesla sekarang, yang membolehkan kos pembuatan bateri tersebut dikurangkan, dan memastikan bahawa kenderaan-kenderaan Tesla di masa akan datang hadir dengan jarak pemanduan yang lebih jauh.

Panasonic dilaporkan akan membuka dua barisan pengeluaran bateri baru sekitar pertengahan tahun 2024 untuk mula membekalkan bateri-bateri baru ini kepada Tesla. Laporan Nikkei Asia mengatakan bahawa Panasonic akan membelanjakan sekitar $692 juta untuk membangunkan barisan pengeluaran ini, tetapi buat masa ini Panasonic masih tidak memberitahu secara rasmi berapa banyakkah pelaburan yang akan dilakukan oleh mereka untuk projek ini.

Sumber: Reuters