Baru 2 Minggu Bernikah, Pengantin Meninggal Dunia Kerana Buatan Sihir?

Entertainment
18 Feb 2022 • 5:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peritnya hati seorang suami yang baru saja mendirikan rumah tangga bersama isteri selama dua minggu akan tetapi Allah SWT lebih menyayangi si isteri.

Kisah tragis sepasang suami isteri yang dipisahkan dengan kematian ini dikongsikan dalam TikTok baru-baru ini dan difahamkan ia kerana ada orang sekeliling menyimpan hasrat dengki kepada mereka.

Pada tanggal 5 Februari lalu, detik bahagia pasangan ini tiba dan mereka disatukan dalam sebuah majlis yang penuh gelak tawa serta ceria.

Melihat dari video yang dikongsikan dalam video pendek itu, arwah serta suami sedang meraikan majlis perkahwinan mereka dengan berbusana pengantin dan bertemakan biru putih.

Hanya dua minggu diberikan masa untuk bergelar isteri, akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah berjuang menentang sihir dihantar oleh individu yang dengki dengan dirinya.

Melihat pada posting di laman Facebook keluarga dan rakan terdekat, arwah difahamkan sudah lama terkena buatan orang dan berjuang sepanjang hayatnya.

image is not available

Bagaimanapun, siapa sangka usia perkahwinan yang baru saja cecah dua minggu tidak dapat kekal lama kerana akhirnya arwah pergi menghadap Ilahi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Kembar Ke?" - Peminat Seloroh Wajah Bapa Hairul Azreen Mirip Tan Sri Vincent Tan