Peguam Sokong ‘Statement’ Isteri Jangan Terlalu Berdikari Nanti Suami Ambil Kesempatan?

Family & Parenting
15 Feb 2022 • 3:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, program bual bicara terkenal iaitu Mingguan Wanita Hari Ini membincangkan topik yang sangat hangat dan sering menjadi isu perbalahan diantara kaum lelaki dan perempuan.

Topik yang dibincangkan adalah ‘Isteri Jangan Terlalu Berdikari’ dan episod tersebut disokong oleh seorang peguam serta berkongsikan satu pengalaman yang pernah dihadapinya sebelum ini berhubung dengan topik berkenaan.

Dakwanya, hal itu sememangnya benar kerana jika seseorang isteri terlalu berdikari hingga jarang meminta pertolongan suami, pihak suami akan berasa selesa dengan perkara tersebut dan mengambil kesempatan atas keselesaan terbabit.

Dirinya pernah berjumpa dengan seorang isteri yang mengadu kepadanya pembelian rumah serta segala bil-bil dibayar oleh si isteri dan si suami hanya datang duduk saja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk membantu.

Ketika itu, si isteri tidak terlalu memikirkan hal terbabit kerana tidak sangka akan melalui proses penceraian, hanya fikir mahu menolong suaminya, malah perbelanjaan anak juga si isteri tidak sanggup meminta suami dan memakai duitnya sendiri.

Atas kerana terlalu selesa dengan sifat berdikari si isteri, suami ‘kantoi’ curang dengan perempuan lain dan disebabkan itu, peguam terbabit nasihat jika ingin menolong perlu berpada-pada.

image is not available

Sumber : Twitter  

Meninjau di ruangan komen, rata-rata kaum lelaki tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh peguam terbabit dan berasa ‘hina’ apabila dituduh seperti itu kerana dilabel sebagai makan hasil isteri.

Bagaimanapun, ada juga yang bersetuju dengan pandangan peguam terbabit dan merasakan tanggungjawab dari segi duit sepatutnya kaum lelaki selalu lebih memberi dari wanita.

image is not available 1 minggu lalu

Suami Kurang 'Stress' Kalau Pendapatan Isteri Lebih Rendah Dari Mereka?