“Jangan Terlalu Ikutkan..” – Doktor Dedah Sesetengah ‘Petua’ Boleh Membahayakan Nyawa Bayi

10 Feb 2022 • 3:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pakar Kesihatan Awam, Dr. Sandra Raman meminta orang ramai untuk menegur sesetengah ibu bapa muda dan orang tua yang terlalu patuh dengan petua orang lama sehingga boleh membahayakan nyawa bayi.

Difahamkan, kebanyakkan ibu bapa yang baru menyambut kelahiran zuriat pertama sering mengalami kesukaran membezakan antara petua lama bagi membantu proses menjaga bayi dan mengimbangkan pemahaman dari sudut sains.

Menerusi satu hantaran video di media sosial miliknya, Dr. Sandra berkata ramai yang tidak berani untuk menegur di khalayak ramai kerana bimbang dikecam, namun tindakan itu boleh menyedarkan ibu bapa bahawa cara penjagaan mereka salah.

image is not available

Jangan terlalu ikutkan cara zaman dahulu atas alasan bayi masih baik dan sihat seperti biasa.

Pakar kesihatan awam itu turut mengulas berhubung perkongsian pengikutnya yang menceritakan seorang nenek tua memberi minum air masak kepada bayi yang baru berusia sekitar dua bulan.

Jelasnya, pemberian air kepada bayi berusia bawah enam bulan boleh menyebabkan garam bertambah dalam badan sehingga otak bayi bengkak dan seterusnya menyebabkan kematian

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) “Buat Malu Sekolah"- Pelajar Main 'Fire Extinguisher’ Sempena Tamat SPM Dikecam Netizen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved