“Kalau Menang Pun Kena Hentam.” – Ali Puteh Sedia Terima Kecaman Netizen

Politics
19 Feb 2022 • 12:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ali puteh

Selepas diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, Ali Puteh dikatakan sudah bersedia untuk hadap sebarang kecaman daripada netizen.

Menerusi laporan Harian Metro, Ali puteh diperintah untuk membayar ganti rugi itu kerana telah memfitnah kakak iparnya dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Tiada masalah dengan netizen

image is not available

Ali mengatakan dia tiada masalah dan sudah bersedia untuk berdepan dengan netizen yang hentam dan mencemuhnya.

Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena hentam, kalah pun kita kena.

Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi.

Ali Puteh menegaskan bahawa dia tidak akan meluahkan sebarang ketidakpuasan hati di media sosial kerana takut akan ganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi. Ali juga mengatakan yang dia tidak risau apa-apa pun mengenai netizen.

Semoga hubungan Ali Puteh dan kakak iparnya kembali pulih dan baik seperti dahulu kala. Harapnya selepas ini tiada lagi la masalah lain yang timbul.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media