
Kota Kinabalu: Adelinah Lintanga berharap menjadi rakyat Sabah pertama yang menakluki Everest pada Mei depan, satu usaha yang pernah cuba dilakukan rakan senegeri, Doris J Sitaun lapan tahun lalu pada 2014.
Doris, pada umur 45 tahun, cuba mendaki puncak tertinggi di dunia itu tetapi impiannya punah selepas serak di tembok ais di barat Gunung Everest runtuh, yang menyebabkan runtuhan salji yang mengorbankan 16 pendaki Sherpa di Khumbu Icefall.


