‘Terima kasih atas ucapan takziah’

7 Feb 2022 • 4:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kenalan yang telah menyampaikan ucapan takziah atas pemergian ibunya, Allahyarhamah Rashidah Othman.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin, Shahrir berkata, beliau sekeluarga tidak mungkin dapat membalas semua pesanan yang diterima.

“Atas berkat ingatan, ucapan dan iringan doa daripada sahabat rakan kenalan sekalian, pengebumian Allahyarhamah telah sempurna diurus di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum masuknya waktu Asar (pada Ahad).

“Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak hospital universiti, pengendalian 999, Badan Khairat Kematian Masjid Kolej Islam, Masjid Kolej Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kerana membantu menguruskan segala-galanya sehingga sempurna,” katanya.

Allahyarhamah Rashidah, 94, sebelum ini dilapor meninggal dunia pada awal pagi Ahad di rumahnya kerana sakit tua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved