
Pelakon Siti Saleha mengubat rindu peminat untuk melihatnya berlakon apabila dia kini muncul dalam satu drama bersiri, ‘Love In Lockdown’.
Menerusi drama itu, Saleha membawa watak sebagai Suzanna yang merupakan seorang doktor. Katanya, dia sangat teruja membawakan watak itu kerana dapat merasai bagaimana menjadi seorang ‘frontliner’.
Semalam telah tular rakaman pendek drama tersebut menunjukkan babak di mana Suzanna dapat berjumpa dengan suaminya yang dilakonkan oleh Shah Iskandar.
Difahamkan, babak itu ditunjukkan di sebuah portal dalam satu tayangan perdana. Namun, ia telah mendapat kritikan serta kecaman netizen yang menontonnya selepas ia dimuat naik di Twitter.
Menerusi klip itu, Suzanna sedang berbual dengan suaminya selepas tidak berjumpa selama 6 minggu lamanya.
Ketika itu, dia ditanya jika mahu keluar makan bersama namun Suzanna memaklumkan pada suami bahawa dia hanya mempunyai satu jam waktu rehat.
Selepas suaminya menyoal semula apa yang boleh dilakukan dalam masa satu jam, babak itu seterusnya menunjukkan mereka berada di bahagian tempat duduk belakang kereta sambil tergopoh gapah membetulkan pakaian.
Pengorbanan frontliner.
pic.twitter.com/ClkjKo1VZT
Ia sekaligus mendapat kecaman sehingga ada yang menggelarnya ‘soft p*rn’. Segelintir netizen bagaikan tidak percaya babak sebegitu ada di dalam drama Melayu.

Iyalah, tiba-tiba je ada dalam kereta. Penonton pasti tertanya-tanya mengapa wujud babak sebegitu dan merasakan ianya tidak sesuai untuk tontonan umum.
Kredit: Beautifulnara | Twitter Dauspozi
The post “Dahlah Cermin Tak Tinted” – Netizen Kecam Babak Siti Saleha Dan Shah Iskandar Dalam Kereta appeared first on Oh! Media.
