Menteri Besar N Sembilan Positif COVID-19

24 Feb 2022 • 2:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aminuddin Harun - Gambar Bernama

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun disahkan positif COVID-19, semalam.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Aminuddin, yang sudah menerima dos penggalak, sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Isnin (21 Feb),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan Aminuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh kuarantin. - Bernama