Samsung Galaxy Tab S8 Ditawarkan Pada Harga Bermula RM3299, Tab S8 Ultra Mencapai RM5899

TechnologyDigital
10 Feb 2022 • 12:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy S22 untuk pasaran Malaysia, Samsung kini turut telah mengumumkan penawaran tablet mercu terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu siri Galaxy Tab S8.

Sebanyak tiga model ditawarkan, iaitu Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan juga Galaxy Tab S8 Ultra.

image is not available

Galaxy Tab S8 hadir dengan skrin 11-inci, sementara Tab S8+ dengan skrin 12.4-inci dan Tab S8 Ultra pula dengan skrin 14.6-inci.

Tablet ini turut dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1, selain menjalankan sistem operasi Android 12 dengan antaramuka One UI 4.0. Ketiga-tiga versi juga turut menyokong S-Pen, selain Book Cover Keyboard untuk mengubahnya menjadi komputer riba.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan tablet ini dengan pra-tempahnya bermula esok.

Galaxy Tab S8 ditawarkan pada harga RM3299 bagi model 8GB RAM + 128GB storan, Galaxy Tab S8+ pula pada harga RM4599 untuk model 8GB RAM + 256GB storan. Akhir sekali, Galaxy Tab S8 Ultra pada harga RM5899 untuk 12GB RAM dan 256GB storan.

image is not available