Hatrik Sterling Lebarkan Jurang Kelebihan Man City

Football
13 Feb 2022 • 7:36 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sterling meraikan golnya dalam perlawanan menentang Norwich. - Gambar AFP

LONDON - Manchester City mengekalkan kelebihan 12 mata mereka di puncak Liga Perdana Inggeris selepas hatrik Raheem Sterling membantu The Citizens membenam Norwich 4-0.

Pengendali City Pep Guardiola mengambil kesempatan untuk menggilirkan pemainnya menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah di pertengahan minggu dengan Kevin De Bruyne di antara pemain yang direhatkan.

Menakluki Eropah adalah misi utama Guardiola, tetapi juara England itu berada di landasan baik untuk merangkul kejuaraan liga keempat mereka dalam lima tahun.

Norwich mengejutkan City dengan kemenangan 3-2 di Carrow Road pada kali terakhir mereka berada di liga utama, tetapi mereka hanya mampu bertahan selama 30 minit sebelum Sterling membuka jaringan buat pasukan tuan pelawat.

Phil Foden menambah jaringan 3 minit selepas waktu rehat, sebelum Sterling menjaringkan gol ketiga City.

Penyerang England itu melengkapkan hatriknya dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.

“Ini penting untuk keyakinan Sterling,” kata Guardiola.

“Gol pertama yang melencong masuk amat menakjubkan.

“Bila Raheem melakukan sesuatu tanpa terlalu memikirkannya, hasilnya sentiasa hebat.” - AFP

Keputusan lain:

Manchester United 1 Southampton 1

Watford 0 Brighton 2

Brentford 0 Crystal Palace 0

Everton 3 Leeds 0