Motorola Moto G Stylus (2022) Kini Rasmi – Skrin 90Hz, Kamera 50MP, Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
4 Feb 2022 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pasaran peranti dengan stylus terbina telah lama dikuasai oleh Samsung Galaxy Note. Namun siri berkenaan telah diberhentikan, kemudiannya ciri tersebut bakal kembali pada siri Galaxy S22 pula selepas tularnya video acah yang telah mengesahkannya.

image is not available

Selain daripada Samsung, Motorola juga sedia hadir dengan beberapa peranti bersama stilus terbina. Kebanyakan daripadanya juga ditawarkan pada harga lebih berpatutan bagi membolehkan pengguna dengan bajet rendah merasai pengalaman menggunakan peranti sedemikian.

Dalam perkembangan terkini, Motorola Moto G Stylus (2022) telah rasmi. Ia menjadi penawaran terkini Motorola dengan tiga fokus utama yang lebih baik berbanding pendahulunya. Di mana, peranti kini menyokong jangka hayat bateri, kadar segar semula dan kamera yang dinaiktaraf.

image is not available

Untuk lebih khusus, Motorola Moto G Stylus (2022) dilengkapi skrin 6.8-inci Max Vision FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dijana dengan cip MediaTek Helio G88, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Bateri pula adalah 5000mAh dengan pengecasan 10W yang dikatakan mampu bertahan mencapai dua hari lamanya.

image is not available

Melengkapinya adalah kamera dengan tetapan 50MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, menjalankan Android 11, stylus terbina dan sebagainya. Motorola Moto G Stylus (2022) dijual pada $299 (~RM1,254) dengan dua pilihan warna seperti Metallic Rose dan Twillight Blue.

Sumber : Motorola US