“Ni Semua Marketing” – Caprice Ulas Isu Kak KM Susukan Anak Di Restoran Tanpa ‘Nursing Cover’

20 Feb 2022 • 8:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Usahawan yang sering terpalit kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM baru-baru ini sekali lagi menerima kecaman orang ramai.

Difahamkan, kontroversi mula tercetus menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di Instagram. Melalui perkongsian video itu, Kak KM dilihat menyusukan anak bongsunya, Cinta Carissa di sebuah restoran.

image is not available

Orang ramai mula mengkritik Kak KM tidak menggunakan ‘nursing cover’ memandangkan kawasan itu agak terbuka dan ramai pelanggan.

image is not available

Memberi ulasan kepada isu itu, penyanyi rap, Caprice berkata ini semua adalah ‘marketing’.

In business, the big M is not maruah, is marketing. Kak KM ni sudah dikenali di Malaysia selalu buat content atau aksi which are a bit exaggerated atau provocative just to get attention.

Kata Caprice lagi, walaupun selalu dikecam, Kak KM jarang sekali menerima teguran orang ramai. Tetapi menurutnya masyarakat yang selalu termakan dengan marketing usahawan itu.

Dalam ulasan itu, Caprice bertanya siapakah sebenarnya yang kurang bijak dalam hal ini?

Kredit: Instagram Capricedaddycap

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.