Wanita Putus Leher Ditetak Anak Tiri

16 Feb 2022 • 9:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lokasi kejadian seorang wanita berusia 54 tahun yang maut selepas ditetak hingga lehernya putus di sebuah rumah di Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang, hari ini.

GUA MUSANG - Seorang wanita maut dengan lehernya terputus selepas ditetak menggunakan parang oleh anak tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Dalam Senduk, Jerek di sini, hari ini.

Mangsa berusia 54 tahun ditetak suspek yang juga penagih dadah dan disyaki pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian terbabit diketahui selepas lelaki berusia 39 tahun itu hadir ke Balai Polis Bertam untuk menyerah diri.

“Kira-kira jam 4.55 petang, ketika anggota polis bertugas di kaunter aduan Balai Polis Bertam, seorang lelaki datang memaklumkan dia sudah membunuh ibu tirinya dengan parang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, susulan pengakuannya itu, anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat ditetak di leher.

“Disebabkan tetakan itu, leher mangsa putus dan mayatnya dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan awal, suspek turut mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan curi motosikal serta pecah rumah.

“Polis juga masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian itu,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved