“Yang Beriman Je Nampak Kereta Dia” – Geng Tabligh ‘Drive-Thru’ Tanpa Kereta Buat Netizen Terhibur

25 Feb 2022 • 4:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biasanya yang kita tahu laluan pandu lalu atau drive-thru ini digunakan untuk pelanggan menjimatkan masa tanpa keluar dari kereta kerana mahu membungkus makanan di mana-mana restoran yang menyediakannya.

Namun, lain pula untuk geng tabligh yang direkodkan oleh seorang pengguna di TikTok ini, dapat dilihat mereka melalui laluan pandu lalu itu tetapi hanya berjalan kaki tanpa menggunakan kereta.

Hal yang dilakukan itu telah membuat ramai netizen yang terhibur serta pecah perut melihatnya.

Meninjau di ruangan komen video itu, rata-rata netizen tergelak melihat gelagat geng tabligh terbabit, malah ada yang bergurau dengan mengatakan hanya orang beriman saja yang boleh melihat kereta mereka.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga menggantikan perkataan drive-thru kepada walk-thru ekoran tindakan sekumpulan tabligh itu hanya berjalan kaki ketika membuat pesanan makanan di laluan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Netizen Kagum 4 Madu Dibelikan Satu Kereta Setiap Rumah, Ikut Giliran Jemput Suami