
Sebuah kejadian tragis dan memilukan dilaporkan telah berlaku di Kampung Batu Machang, Jerek semalam apabila seorang ibu telah ditetak anak tiri sehingga putus leher gara- gara najis dadah.
Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di balai polis Bertam sekitar jam 4.55 petang Rabu seperti laporan Astro Awani.

Sumber : Astro Awani
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo yang memaklumkan bahawa suspek telah mengaku menetak mangsa yang berusia 54 tahun menggunakan parang.
“Berdasarkan siasatan awal suspek merupakan seorang penagih dadah dan pesakit mental. Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa maut selepas putus leher akibat tetakan menggunakan parang.” ujarnya.
Suspek kini direman dan siasatan lanjut kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
(VIDEO)"Luluh Hati Tengok.." - Lelaki 'Lalok' Terajang Bapa Tiri Gara-Gara Tak Dapat Duit Beli Dadah
The post Ibu Putus Leher Ditetak Anak Tiri Positif Dadah, Serah Diri Sendiri Ke Balai Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

