Kapal terbang terbesar dunia dilapor musnah dibedil Russia

28 Feb 2022 • 2:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Macam-macam yang sedang berlaku dalam konflik Ukraine-Russia masa ini. Tapi yang paling mencuri tumpuan sekarang adalah tentang kapal terbang terbesar di atas muka bumi ini.

Menurut Twitter rasmi negara Ukraine, Antonov "Mriya" AN-225 dilaporkan telah termusnah akibat satu serangan tentera Russia ke atas salah satu lapangan terbang di Ukraine.

Kapal terbang mega ini adalah produk daripada Perang Dingin A.S Kesatuan Soviet dan mula terbang pada 1988 sehinggalah hari ini untuk mengangkut pelbagai kargo ke serata dunia. Malahan, mesin terbang ini pernah singgah ke Malaysia dalam perjalanan mereka menghantar komponen janakuasa seberat 130 tan ke Perth, Australia.

Mriya, dengan lebar sayap 88.4 meter adalah lebih besar daripada pesawat penumpang Airbus A380 sebanyak 9 meter.

Merujuk kembali kepada Tweet yang diutuskan, tidaklah mustahil untuk negara itu untuk membina sebuah lagi kapal terbang yang sama. Hal ini kerana, memang terdapat satu lagi rangka AN-225 yang tidak siap dibina di dalam negara Ukraine.

image is not available
Rangka AN-225 yang tidak siap ada dalam bangsal di Ukraine (sumber)

Asalnya, sebanyak 3 unit AN-225 ingin dibina tetapi apabila Kesatuan Soviet jatuh dalam tahun 1991, pembangunan unit ke-2 AN-225 telah dihentikan dalam tahun 1994. Setakat 2018, CNN melaporkan yang kapal terbang ini sudahpun 70% siap sebelum dihentikan pembangunannya.