Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) Bakal Berlangsung 6 Mac

Music
13 Feb 2022 • 3:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Tangkapan layar Instagram @tv3malaysia

Hari ini, peminat muzik tanah air menerima berita baik tentang tarikh siaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) selepas pengumuman dilakukan menerusi Melodi sebentar tadi.

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke-36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam. 

Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan (brand ad) AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi pada hari ini di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official.

Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus COVID-19.

        View this post on Instagram                      

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen glitch dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.

Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus COVID-19.

Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. - Getaran, 13 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved