42 mangsa banjir dipindahkan di Raub

15 Feb 2022 • 10:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

RAUB - Seramai 42 penduduk di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa selepas hujan lebat mengakibatkan banjir kilat.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, PPS pertama dibuka di Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim pada jam 1.30 pagi yang menempatkan sebuah keluarga terdiri daripada lapan mangsa.

Menurutnya, tujuh buah keluarga terdiri 17 mangsa dari Kampung Ulu Sungai turut dipindahkan ke balai raya kampung tersebut yang dibuka pada jam 4 pagi.

image is not available

"PPS ketiga dibuka pada jam 7 pagi hari ini (Selasa) di Masjid Kampung Jamek, menempatkan lima keluarga melibatkan 17 mangsa banjir dari Kampung Kuala Semantan.

"Air mula naik bermula kira-kira jam 12 tengah malam dan mengikut maklumat diperoleh, hujan lebat di bahagian ulu Sungai Lipis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, keadaan terkini paras air Sungai Lipis merekodkan 115.40 meter (m) melepasi paras bahaya iaitu 114.80m dan limpahan dijangka berlaku di hilir sungai tersebut.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved