Huazong harap program VTL dilaksana secepat mungkin

LocalPolitics
4 Feb 2022 • 10:46 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri TC Goh menyambut baik kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini bahawa susulan pengenalan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) antara Singapura dan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, Kerajaan juga bersedia untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang dalam program tersebut.

Goh, yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS), berharap program tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin, bagi membantu membawa lebih banyak pelaburan dan pelancong mewah dari Singapura.