“Tak Pakai Seluar Ke Tu?” – Netizen Tegur Pakaian Puteri Aishah Terlalu Seksi

Entertainment
14 Feb 2022 • 8:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, setiap perkongsian di media sosial pasti menjadi perhatian pengikut. Apa sahaja yang dilakukan akan menerima pelbagai reaksi termasuklah kritikan pedas.

Terbaru, foto percutian pelakon Puteri Aishah menerima kecaman hebat daripada netizen kerana didakwa terlalu seksi.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, pelakon itu dilihat berada di sebuah pulau mengenakan baju mandi paras paha dan dipadankan dengan selendang nipis yang diikat di bahagian pinggang.

image is not available

Rata-rata daripada pengikut meluahkan rasa terkejut dan mendakwa pelakon itu seolah-olah tidak memakai seluar. Mereka turut menasihati pelakon ini agar lebih cakna dengan pemilihan pakaian lebih-lebih lagi apabila dia bercuti di kawasan kampung.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Walaupun ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen yang negatif serta cacian, pelakon tersebut langsung tidak memadam atau memberi sebarang maklum balas atas dakwaan yang dilakukan oleh netizen.

Kredit: Instagram Puteri Aishah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.